Posts

Showing posts from October, 2018

Perjalanan Kehidupan

Image
Ya amat lama saya tidak update blog ini. Alhamdulillah semuanya selamat. Walaupun penat dengan urusan kerja yang satu dan hampir berputus asa dengan business yang sedang saya naikkan sekarang ini. Pesan Master saya tentang putus asa ini. Kadang-kadang minda kita akan tertumpu kepada kerja utama dan akan Sign Out pada tugasan kedua kita. Bergitulah sehariannya hidup kita. Yang penting katanya , kau perlu ada cita-cita yang kau kejarkan. Jangan cuma bermimpi je. Soal Keinginan , Keinginan yang tinggi akan drive diri kita kepada kejayaan yang kita inginkan. Percayalah ! Mula dengan Kerelaan untuk menempuh segala kepahitan yang berlaku sekarang. Percayakan kepada proses yang sedang anda lalui. Betul penat ! Habis apa yang kau mahu tu lebih daripada kepenatan kau atau tidak ? Sekiranya tidak anda benar sedang mencapai kebahagiaan yang anda inginkan. Macam mana nak rela ?? Dengan kesedaran terhadap apa yang anda inginkan. Ya Kesedaran ! Anda sedar anda ingin mengubah hi...

Sayang Aku Bahagia .

Image
Entri saya kali ini agak bermain dengan emosi. Oleh itu pastikan anda bersama dengan yang tersayang . Seorang bapa yang membesarkan 4 orang anak bersama isterinya yang tercinta. Perkahwinan mereka sudah lebih daripada 28 tahun. Beliau yang kerja sebagai kerani maybank pada satu hari mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana ingin mencuba sesuatu yang baru untuk keluarganya. Berkelana kursus disana sini untuk pastikan diri beliau lebih mahir dengan bidang yang beliau inginkan. Anak-anaknya semakin membesar. Terus membesar , beliau melihat seorang demi seorang meninggalkan rumahnya . Untuk mencapai cita-cita anak-anaknya. Beliau tenang dengan hidupnya bersama isteri. Hanya doa mengiringi anak-anaknya. Setelah hampir 4 tahun , anak-anaknya mula menunjukkan belang , masing-masing mula menampkkan kemajuan dalam pembelajaran serta pekerjaan. Orang keliling mula bukak mata , kerana mereka dipandang rendah oleh ahli keluarga yang lain. Beliau serta isterinya te...

Wahai Jantungku ..

Image
Selamat pagi semua , salam luar biasa buat diri kalian . Anda akan mencapai apa juga yang anda inginkan dalam kehidupan , tidak kira sama ada anda inginkan kejayaan , kebahagiaan mahupun kekayaan. Anda mula untuk menulis tentang apa yang anda inginkan pasti anda akan kecapi. Percayalah ! Setiap pengulangan yang anda lakukan hari ini dan seterusnya anda akan peroleh. Percayalah ! Entah bagaimana dan tidak tahu macam mana , diri anda mula dekat dengan apa yang anda mahukan. Terjadilah ia dalam kehidupan anda. Habis apa kene mengena dengan jantung ? Jantung merupakan segala punca ia berlakunya apa yang anda inginkan. Masakan tidak , tanpa jantung anda pasti anda tidak akan dapat baca / buat aa yang anda inginkan. Kata lain jantung anda menjadi proses utama minda anda berjalan kepada yang anda inginkan. Seorang yang saya amat sayangi , doktor mengkabarkan bahawa 2 daripada salurannya telah sumbat dengan kolestrol dan darah terlalu pekat. InshaAllah kami semua KUAT! InshaAl...

Ouhh. Boleh sihat rupanyaa ....

Image
Bismillah , Baiklah entri kali ini saya nak share tentang pengalaman saya bersama dengan sebuah program pemakanan sihat untuk lelaki dan wanita . Baiklah , setiap orang pasti ada cita-cita mempunyai tubuh badan yang diidamkan. Tidak kira sama ada lelaki atau perempuan . Majority yang berada di sana adalah PEREMPUAN. Biasalah lelaki mesti ada ego die sendiri. Bila soal ego makan berleret-leret lagi tulisan ni nanti. "Ah diet jelah , apa masalah ? takyah makan nasi buat relax je." NO! Sama sekali tidak boleh bergitu. Ia akan memberikan kesan yang tidak baik untuk tubuh badan. Habis macam mana ?? Nahh , sekarang ini anda perlu memulakan mencari tenaga pengajar berkenaan makanan yang sihat mampu memberikan tenaga dan kesan efektif kepada tubuh badan kita. Boleh search on IG , Fb dan lain-lain. Aku Sihat , Aku Bahagia , JADILAH! JADILAH! Baiklah saya nak sambung kerja dulu. Sebagai SSS banyak benda yang perlu dilakukan. So stay tune saya akan sh...

Ouhhh Bulat ...

Image
Alhamdulillah , segala puji bagi Allah Pencipta Sekalian Alam. Yang mengatur setiap yang hidup dan yang mati. Setiap yang ber Ruh adalah dibawah aturan Illahi. Baiklah entri kali ni saya nak khususkan kepada 2 perkara besar yang berlaku di Malaysia serta Indonesia. 1. Kematian yang meragut 6 nyawa anggota bomba ketika kerja-kerja menyelamat di jalankan. 2. Bencana alam yang berlaku di Sulawesi Indonesia . Saya tidak mahu mengulas dengan lebih banyak tenang bagaimana atau kenapa ianya berlaku. Cuma disini saya ingin share berkenaan dengan iktibar atau kebaikkan yang boleh kita ambil daripada 2 situasi yang berlaku. Setiap manusia boleh merancang apa juga yang dikehendaki , tetapi akhirnya ia akan berlaku atas persetujuan / kebenaran oleh Allah Taala. Perkara ini tidak boleh disangkal oleh sesiapa juga. Kerana kita wajib beriman kepada Qada' dan Qadar yang telah ditentukan , cuma ada perkara yangboleh kita ubah apabila keinginan itu tadi benar-benar anda tunjukka...

Wahai Kawan Ku ..

Image
Kawan , Apa perlu kau mengkritik apa yang kawan anda yang lainnya melakukan sesuatu yang pelik di mata kau ? Kawan , Apa perlu kau menjadi hakim dunia untuk memuaskan fikiran kau yang dirasakan betul itu ? Kawan , Mengapa kau tidak mahu bertanya ? Segan ? Malu ? Habis kau mengata orang lain yang nampak pelik didepan mata kamu , MENGAPA ? Kau kata kau bahagia , sedang mulut masih mencari jalan untuk mengkritik diri yang lain. Apa kau lupa , Firman Allah Taala Nikmat yang mana lagikah ingin kau dustakan ?? Bagaimana kau ingin mencapai kebahagiaan sedang minda masih ditakluki dengan sistem kehakiman kendiri ? Bila kau mahu menjadikan diri minda sebagai Minda Universal untuk kau mencapai kebahagiaan dalam apa jua yang kau ingin kecapi ?? Biarkan mereka , mereka ada jalan mereka sendiri , Kamu jalanlah , lihatlah dan berfikirlah untuk diri kamu sendiri. Sampai bila kamu mahu jadi sebegitu ? Lepaskanlah . Wallahualam .