Ouhhh Bulat ...


Alhamdulillah , segala puji bagi Allah Pencipta Sekalian Alam.

Yang mengatur setiap yang hidup dan yang mati. Setiap yang ber Ruh adalah dibawah aturan Illahi.

Baiklah entri kali ni saya nak khususkan kepada 2 perkara besar yang berlaku di Malaysia serta Indonesia.

1. Kematian yang meragut 6 nyawa anggota bomba ketika kerja-kerja menyelamat di jalankan.
2. Bencana alam yang berlaku di Sulawesi Indonesia .

Saya tidak mahu mengulas dengan lebih banyak tenang bagaimana atau kenapa ianya berlaku.

Cuma disini saya ingin share berkenaan dengan iktibar atau kebaikkan yang boleh kita ambil daripada 2 situasi yang berlaku.

Setiap manusia boleh merancang apa juga yang dikehendaki , tetapi akhirnya ia akan berlaku atas persetujuan / kebenaran oleh Allah Taala. Perkara ini tidak boleh disangkal oleh sesiapa juga.

Kerana kita wajib beriman kepada Qada' dan Qadar yang telah ditentukan , cuma ada perkara yangboleh kita ubah apabila keinginan itu tadi benar-benar anda tunjukkan kepada Allah Taala.

Bagaimana ?

Pertama sekali melalui Solat , kedua jalan yang kita lalui seharian waktu. Kia sedar dengan apa yang kita inginkan. Bukan hanya dengan kata-kata , tetapi dilakukan juga dengan perbuatan kita.

Bagaimana ?

Aku rasa aku lapar dan aku nak makan . So pergilah makan untuk kenyang. Mana ada orang duduk diam dan terus kenyang. Mesti ada jalan syariatnya.

Maka dengan apa yang kita sedar tentang kemahuan yang tinggi ntuk berjaya dan juga mencapai kebahagiaan total walaupun mempunyai cabaran daripada luar , kita masih lagi perlukan perkara tersebut untuk kita terus buat dan percaya yang kita benar akan capai perkara tersebut.

So akhirnya , sentiasa sedar dan juga yakin atas apa yang anda inginkan , jangan lepaskan peluang untuk memohon kepada Allah dalam apa yang anda mahukan.

Semua manusia layak memperoleh apa yang dia inginkan. Cuma berapa bulat keyakinan dan juga penyerahan diberikan kepada Allah dan diri anda sendiri.

Give me a call if u dont understand . Thank Yo.


Comments

Popular posts from this blog

Layak Kah Aku Untuk Aku Bahagia ?

Wahai Diri , Aku Maafkan Kamu

Adakah Aku Sedar ?