Sayang Aku Bahagia .
Entri saya kali ini agak bermain dengan emosi. Oleh itu pastikan anda bersama dengan yang tersayang .
Seorang bapa yang membesarkan 4 orang anak bersama isterinya yang tercinta. Perkahwinan mereka sudah lebih daripada 28 tahun.
Beliau yang kerja sebagai kerani maybank pada satu hari mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana ingin mencuba sesuatu yang baru untuk keluarganya.
Berkelana kursus disana sini untuk pastikan diri beliau lebih mahir dengan bidang yang beliau inginkan. Anak-anaknya semakin membesar. Terus membesar , beliau melihat seorang demi seorang meninggalkan rumahnya . Untuk mencapai cita-cita anak-anaknya.
Beliau tenang dengan hidupnya bersama isteri. Hanya doa mengiringi anak-anaknya.
Setelah hampir 4 tahun , anak-anaknya mula menunjukkan belang , masing-masing mula menampkkan kemajuan dalam pembelajaran serta pekerjaan. Orang keliling mula bukak mata , kerana mereka dipandang rendah oleh ahli keluarga yang lain.
Beliau serta isterinya terus memastikan anak-anaknya bejaya dalam bidang mereka. Sampai satu msa beliau diuji. Kesihatan beliau mula memberikan tanda beliau semakin tua.
Banyak ubat yang diberikan kepadanya. Anak-anaknya kini kembali rumahnya , duduk bersama beliau dan isterinya. Memberikan sokongan tanpa jemu atas kesihatannya.
Anak-anak sering sahaja mendoakan beliau dan isteri agar diberikan kesihatan yang baik. Mereka terus kuat dengan apa yang ada , berganding bahu antara satu sama lain walaupun mereka diuji antara adik beradik. Masakan tidak , setandan pisang bukannya semuanya baik. Tapi bagaimana untuk memastikan buah dijaga dan pokok tidak ditebang .
Itulah rahsia hubungan kekeluargaan mereka. Aku sedih gembira melihat mereka. Apa yang ada itu yang mereka lakukan. Tidak perlu lebih , hanya bersederhana dalam melakukan apa juga aktiviti keluarga mereka.
Beringatlah , kalian semua mempunyai keluarga. Sekiranya ada isu antara kalian ,
Cari Jalan Bagaimana hendak berbaik , dan bukannya dengan memutuskan silaturahim antara kalian.
Comments