Wahai Kawan Ku ..
Kawan ,
Apa perlu kau mengkritik apa yang kawan anda yang lainnya melakukan sesuatu yang pelik di mata kau ?
Kawan ,
Apa perlu kau menjadi hakim dunia untuk memuaskan fikiran kau yang dirasakan betul itu ?
Kawan ,
Mengapa kau tidak mahu bertanya ? Segan ? Malu ?
Habis kau mengata orang lain yang nampak pelik didepan mata kamu , MENGAPA ?
Kau kata kau bahagia , sedang mulut masih mencari jalan untuk mengkritik diri yang lain.
Apa kau lupa ,
Firman Allah Taala Nikmat yang mana lagikah ingin kau dustakan ??
Bagaimana kau ingin mencapai kebahagiaan sedang minda masih ditakluki dengan sistem kehakiman kendiri ?
Bila kau mahu menjadikan diri minda sebagai Minda Universal untuk kau mencapai kebahagiaan dalam apa jua yang kau ingin kecapi ??
Biarkan mereka , mereka ada jalan mereka sendiri ,
Kamu jalanlah , lihatlah dan berfikirlah untuk diri kamu sendiri. Sampai bila kamu mahu jadi sebegitu ?
Lepaskanlah .
Wallahualam .
Comments