Posts

Showing posts from September, 2018

Hmm Sakitnyaaaa .. . . . .

Image
Bismillah .. Dalam mencapai kebahagiaan yang hakiki , penyerahan kita kepada Allah Taala hendaklah dalam tempoh yang konsisten. "Aku lepaskan semuanya pada Allahh". . . . . TAPI. Bila kepala sakit , bila sakit gigi , bila sakit mulalah mengeluh. Mulalah nak kata kenapa sakit ni. Aduhhhh. Kan setiap yang Allah berikan pasti ada ujiannya , untuk kita menikmati kehidupan kita sebenarnya. "Mudahnya cakap ! Aku yang tanggung! Benar , tanggungan kesakitan itu sebenarnya amat dekat dengan diri kita dengan Allah Taala. Jadi disini , walau apa yang jadi kita hendaklah menguruskan ia dengan baik. Setiap manusia pasti akan diuji dengan kebahagiaan dan juga kesakitan. Teruskan Berusaha , saya amat menanti kehadiran anda untuk saya membantu anda menguruskan segala permasalahan yang anda hadapi.

Sebelum Tidur Jom Kita ....

Image
Baiklah , entri kali ini saya akan share sesuatu yang luar biasa. Kehebatan Program Self Hypnosis Sebelum Tidur. Sebelum itu , biar saya terangkan maksud hypnosis dulu . Sebelum anda semua membuat andaian anda biar saya terangkan kepada anda agar mudah untuk anda faham. Hypnosis adalah satu seni kata-kata yang berkesan untuk program diri. Jelas tak ? Tak jelas boleh hubungi saya ya. Baiklah. Saya ingin kongsikan pengalaman saya melalui Self Hypnosis yang banyak berlaku pada saya. Situasi 1 : Sebelum tidur baca Alfatihah tanpa sebarang kefahaman atau kehendak. Situasi 2: Sebelum tidur baca AlFatihah dengan niat , Ya Allah semoga aku berlindung daripada segala gangguan semasa tidur. Situasi 3 : Sebelum tidur baca AlFatihah dengan niat , Ya Allah semoga aku berlindung daripada segala gangguan semasa tidur dan wahai tubuhku badan ku ayuh kita berehat dan lupakan segalanya yang buruk berlaku pada hari ini. Nahh. Nampak tak sesuatu dalam 3 situasi diata...

Aku Betul! Ya Aku Betul ! Kau Pelik Kau Salah

Image
Biasakan kita tengok atau rasai sendiri perkara ini. Berlaku pada orang di depan kita atau diri sendiri yang cakap perkara ini. Baiklah , entri saya kali ini saya ingin kongsikan satu perbuatan yang bakal membantutkan kejayaan kita di masa hadapan! "Wehh kau salahlah , kau tengok aku buat betul" "Weh nampak pelik ni , salah ni , jin ni , die main dengan saiton ni" Nahhh. Jenis individu ini mesti ada di sekeliling anda. Betul tak ?? Mesti ada punya. Ahaha Perkara ini mesti dibebaskan daripada belenggu diri anda untuk mencapai kejayaan atau apa juga yang kalian inginkan. HusnuZon , Prasangka baiklah dengan setiap yang ada lihat , dengar atau lihat. Sekiranya anda rasa pelik , BERTANYA. Jangan buat andaian sendiri dan andaian yang itu adalah salah , kemungkinan besar anda telah menfitnah individu itu sendiri. Jadi Bagaimana Nak Uruskan ? Bertanya tentang perkara yang anda merasakan pelik. Ajar diri untuk melepaskan. Jangan jadi juri ...

Ya Allah , Aku Jem !

Image
Lumrah manusia biasa tidak kira apa agama mahu pun bangsa . Individu. Bila dah sesak / jem / terhantuk kepala baru nak ingat yang kau ada pencipta. Bagaimana ingin mendapatkan relaxing yang cukup baik sekiranya datangnya isu yang menggugat emosi kita ? Baiklah , isu yang datang kita tidak akan tolak atau pun lari. Ia akan tetap menghantui diri kita. Habis macam mana nak handle ? Saya akan ajar beberapa teknik bagaimana pernafasan bayi dapat membantu kita handle isu yang datang itu tadi. Ha?! pernafasan bayi ?? Ada jugak ke ? ADA! Caranya , tarik nafas menggunakan hidung sambil kembungkan perut anda , kemudian lepas kan nafas mengikut mulut dan kempiskan perut anda. Naaahh. Sekarang Lakukan! Semakin Aku bernafas , Aku semakin tenang. Ucapkan 7x . Anda semakin tenang ketika ini. Ya anda semakin tenang. Pasti anda merasa meremang di beberapa bahagian tubuh badan anda. Relax ... Kemudian , pegang dada anda sebagai salah satu pusat tenaga , bisiklah sehingga t...

Kau , Aku dan Dia Adalah Sama!

Image
"Ahhh , Apahal pulak aku nak mintak maaf ? Bukan hal aku pun." Sedang bawa kereta .... "Bab* betullah driver depan ni!!!" Realitinya , itu akan berlaku apabila kita kurang untuk memahami hukum alam. hukum alam diri dan hukum alam didepan mata kita. Jarang sekali untuk kita meneliti alam diri kita. Yang pasti alam depan mata kita mesti nampak SEMPURNA . Betul ke betul ?? Nahh .. Sekarang ini , untuk kita berjaya dan lebih berjaya atas apa yang di inginkan , Jom kita RELEASE kan perasaan-perasaan mazmumah antara diri dengan manusia yang lain. Kau dan aku adalah sama. Tidak perbezaan. Kenapa perlu membandingkan diri anda dengan orang lain. Kenapa perlu rasa kau adalah tinggi berbanding dengan yang lain ?? Jawab ! Kau tiada ada apa-apa yang nak dibandingkan dengan orang lain. Lepaskan @ release   sifat perasaan itu tadi. Mula untuk hormat menghormati dan berkasih sayang antara satu sama lain. Perasaan yang negative/buruk menjadikan diri ...

Wahai Diri , Aku Maafkan Kamu

Image
Ramai antara kita lupa tentang diri kita. Percaya tak , ramai orang boleh ucap Maaf pada orang lain tidak kiralah kawan , isteri , adik beradik atau siapa juga di depan kita. Tapi dengan diri kita sendiri , jarang sekali perkara ini berlaku. Kerana apa ?? Kerana kita leka kita perlu menyayangi diri perasaan kita sendiri. Kejayaan kebebasan itu pasti berlaku apabila anda mula memaafkan diri anda. Perasaan diri kita juga memerlukan kasih sayang daripada diri kita sendiri. Aduh PENING! Siapa pulak ni. Jangan pening , anda memang ada perasaan itu. Sebelum tidur , Maafkanlah diri anda kerana jarang untuk kita perasan kita berlaku zalim pada diri kita tidak kira dari sudut perbuatan mahupun percakapan seharian kita. "Wahai diriku , kau dan aku adalah satu. Oleh itu maafkanlah segala kesilapan yang telah aku lakukan kepada mu". Pasti , apabila anda sedar esok pagi pasti memberikan perubahan kepada diri anda. Lakukan ! Macam mana nak mulakan maafkan diri...

Yang Tepat dan Jelas

Image
Baiklah sekarang ini , zaman sekarang ini terlalu banyak mereka yang menginginkan kebahagiaan , kekayaan , dan juga kelapangan masa. Sebenarnya , minda kita akan beroperasi secara total apabila kita mendapatkan maklumat yang tepat dan jelas tentang sesuatu perkara itu. Oleh yang demikian , berikan 1 perkara apa yang kalian inginkan untuk mencapai kejayaan dalam tempoh masa terdekat. Nahh. Sekarang ini apabila kalian jelas dengan apa yang kalian inginkan untuk diri kalian , minda anda akan membawa kepada kejayaan yang anda inginkan. Sekarang ini LAKUKAN !

Adakah Aku Sedar ?

Image
Ya. Adakah kalian sedar dengan apa yang kalian alami sekarang ini ?? Sedar , merasakan , menyaksikan setiap perkara yang berlaku pada diri anda adalah daripada apa yang kalian inginkan. Sedarkah kalian apa yang berlaku pada kalian ? Kalian , sedarlah bangunlah daripada kehidupan yang mundur ini . Lakukan tujahan maksimum pada diri anda. Lakukan perubahan pada diri anda. Letakkan Kepercayaan dan Kesedaran Sekarang. Ya! Sekarang . Bukannya perkara yang lepas bukannya perkara yang akan datang. Tapi sekarang ini yang menentukan apa yang akan berlaku pada diri anda. Percayalah! Sekarang anda perlu sedar , sekiranya sekarang aku tidak betindak atas apa yang aku mahukan , aku tidak akan dapat capainya. Ya! Mulakan dengan Memaafkan Diri Anda. Mulakan Sekarang! Percaya Diri Anda Boleh Melakukan Perubahan Itu.

I Love You Sayang

Image
"Aku sayang pada kau. Sepenuh hati aku. Segalanya akan ku berikan untuk kau bahagia bersama aku." Indah bukan kata-kata ini , sering kali diucapkan kepada seseorang , tapi jarang sekali mengucapkan ia pada diri sendiri. Kenapa tidak , anda mengucapkan kata itu pada orang lain tapi tidak kepada diri sendiri. Bila ditimpa musibah atas perhubungan kalian , salahkan pasangan , salahkan Pencipta , salahkan masa , salahkan apa juga yang tersingkap di pemikiran kalian. Jarang sekali untuk berdamai dan mencintai diri kalian. Percayalah , bila anda mula untuk menyayangi diri kalian . Kebahagiaan yang dinanti pasti akan hadir tanpa kalian sedari. Tidak kiralah dari sudut keluarga atau kewangan atau apa sahaja. Tapi PASTI anda akan mula untuk meRASAi kebahagiaan itu. Kalian harus ingat , perasaan kita juga merupakan sebahagian diri kita. Kenapa perlu mencintai orang lain sedang diri sedang merana . Mulakan daripada sekarang. Mulakan untuk mencintai diri kalian. Jangan berl...

Layak Kah Aku Untuk Aku Bahagia ?

Image
Itu lah perkara yang sering dimainkan  difikiran kita apabila berlakunya penderitaan  pada kita , tidak kiralah ianya berbentuk  perbuatan atau fikiran pada diri kita. Tapi masih memikirkan , kenapa aku ? Mengapa  ini berlaku pada aku ? Adakah aku terlalu  malang untuk hidup di dunia ini .? Nahh . . . Apabila perkara ini berlaku pada diri anda ,  percayalah . Setiap apa yang anda lakukan  pasti anda tidak enjoy untuk melakukan  sesuatu.  Emosi itu perlu diuruskan tidak kira dimana  anda berada , tidak kira apa situasi anda  sekarang ini . Tidak kira anda terlalu sibuk  untuk anda tidak menguruskan emosi  berkenaan.  SEKARANG MULAKAN. Mulakan dengan bersyukur setiap apa yang anda  lalui di pagi hari. Celik saja mata maka  bersyukurlah dengan apa yang ada. Jangan  dibandingkan dengan orang lain. JANGAN! Mulakan setiap hari anda dengan bersyukur , ...

Hypno Breathing

Image
Haii Semua! Baiklah sekarang ini waktu ini saya akan share sedikit berkenaan dengan Hypnosis. Ramai yg bertanya kepada saya kenapa saya di Lotus Desaru. Baiklah sekarang ini saya bersama dengan  # Hypnovengers  untuk Certified Instructor Program. Why Hypnosis ?? Bcoz Hypnosis mengajar diri untuk bercakap dengan diri sendiri yg mana kita panggil SelfHypnosis. Okay skrg saya share satu teknik mudah bagaimana nak control emosi , Menggunakan teknik 5:20:10 . Apa itu ?? Teknik Pernafasan 5 Saat Tarik : 20 Saat Tahan : 10 saat lepas.  Nafas ditarik menggunakan Hidung dan Lepaskan melalui mulut. Nahh Sekarang anda boleh mulakan. Apabila anda merasa diri anda semakin tenang , kemudian bayangkan , rasakan atau andai-andaikan ada berada di suatu tempat yang anda sukai. Semoga Berjaya   😘 😘