Sebelum Tidur Jom Kita ....
Baiklah , entri kali ini saya akan share sesuatu yang luar biasa.
Kehebatan Program Self Hypnosis Sebelum Tidur.
Sebelum itu , biar saya terangkan maksud hypnosis dulu . Sebelum anda semua membuat andaian anda biar saya terangkan kepada anda agar mudah untuk anda faham.
Hypnosis adalah satu seni kata-kata yang berkesan untuk program diri.
Jelas tak ?
Tak jelas boleh hubungi saya ya.
Baiklah. Saya ingin kongsikan pengalaman saya melalui Self Hypnosis yang banyak berlaku pada saya.
- Situasi 1 : Sebelum tidur baca Alfatihah tanpa sebarang kefahaman atau kehendak.
- Situasi 2: Sebelum tidur baca AlFatihah dengan niat , Ya Allah semoga aku berlindung daripada segala gangguan semasa tidur.
- Situasi 3 : Sebelum tidur baca AlFatihah dengan niat , Ya Allah semoga aku berlindung daripada segala gangguan semasa tidur dan wahai tubuhku badan ku ayuh kita berehat dan lupakan segalanya yang buruk berlaku pada hari ini.
Nahh. Nampak tak sesuatu dalam 3 situasi diatas , pelbagai affirmasi yang dituturkan. Manakah yang lebih baik untuk Self Hypnosis ??
Sudah semestinya Situasi 3. Kerana apa ? Pertama kita mohon pada Allah. Kedua jelas kita memahami ayat yang dibaca . Ketiga kita bercakap dengan diri kita (minda bawah sedar) .
Perkara inilah yang menentukan hari kita keesokkan harinya.Anda akan merasakan tubuh badan anda benar-benar dalam segar.
Setiap kesedaran mesti mempunyai sebab mengapa anda inginkan sesuatu.
Percayalah Anda Akan Bahagia ! Ya Aku Bahagia ! Ya Aku Bahagia !
KEBAHAGIAAN ITU TIDAK PERLU DICARI , KERANA IANYA ADA DI DALAM DIRI ANDA.
Comments